Sifat-sifat utama Vanadium

Vanadium adalah logam berwarna putih kelabu yang lembut dan mulur. Ia mempunyai daya tahan kakisan yang baik terhadap alkali, asid sulfurik dan asid hidroklorik. Ia bersedia untuk teroksida pada kira-kira 933 K. Vanadium mempunyai kekuatan struktur yang baik dan keratan rentas belahan neutron yang rendah, menyebabkannya berguna dalam aplikasi nuklear. Walaupun ia sejenis logam, vanadium bersama dengan kromium dan mangan mempunyai ciri-ciri oksida valensi yang bersifat asid.

Keadaan pengoksidaan lazim bagi vanadium termasuklah +2, +3, +4 and +5. Eksperimen terkenal menggunakan ammonium vanadat (NH4VO3), iaitu penurunan sebatian tersebut menggunakan logam zink, dapat menunjukkan secara kolorimetri (sukat warna) keempat-empat keadaan pengoksidaan vanadium. Keadaan pengoksidaan +1 jarang sekali dijumpai.